__

#SeniRekaMenyatukanKita

Ia seperti satu momen yang agung apabila mendengar ayat tersebut dilafazkan dalam satu pertemuan yang tidak hanya dihadiri oleh mereka dari industri kreatif tetapi juga mereka yang mendukung aspirasi untuk mempelajari, memartabatkan dan memahami nilai seni dan seni reka.

Saya percaya, dalam masa ketidaktentuan ini, kita tercari-cari sesuatu yang dapat menyatukan kita semua dalam membina semula kekuatan yang menjadi serpihan-serpihan yang bertaburan ketika meletusnya salah satu wabak yang dahsyat dalam lipatan sejarah manusia. Di kala inilah kita menganalisa dan merenung kembali semua perkara yang sebelum ini diremehkan.

Manusia bukan hanya mampu terdorong secara visual tetapi juga secara lisan. Oleh kerana itu, sesi perkongsian ilmu dilihat sebagai sangat signifikan ketika ini. Dalam perbualan-perbualan yang penuh pengisian, tersulam kata-kata yang menyalakan percikan-percikan kecil yang kemudiannya menjadi katalis nyalaan besar menyemarak antusiasme si pendengar. Kata-kata yang bijaksana juga bertindak sebagai rumah api yang memandu kita ke destinasi yang seterusnya.

Tidak dinafikan, sendirian kita dapat bergerak dengan pantas. Tetapi bersama-sama, kita mampu pergi lebih jauh.

 

Azielahaneem Idris
Associate, rekanegara

 

__

Copyright © 2020 #rekanegara . All rights reserved.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *